Enam Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi Ini

11 Mar 2026 • 11:06 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Enam Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri sehingga jam 1 pagi ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri terlibat seperti Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Sarawak dan Sabah diramal hujan.

"Di Perak, daerah yang terlibat adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak dan Batang Padang.

"Manakala di Terengganu seperti Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman. Sementara di Pahang hanya daerah Bentong.

"Bagi Selangor, beberapa kawasan dijangka hujan, termasuklah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

"Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang

"Di Sabah pula termasuk Pedalaman (Sipitang dan Nabawan)," maklum kenyataan itu.

Baca juga:

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.