
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri sehingga jam 9 malam ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri terlibat seperti Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan seluruh negeri Perlis diramal hujan.
"Di Kedah, hanya daerah Langkawi diramal hujan manakala di Perak di Hulu Perak.
"Selain itu, bagi Kelantan dua daerah diramal hujan Jeli dan Kuala Krai, sementara di Terengganu pula termasuk Hulu Terengganu dan Dungun.
"Bagi Pahang, hanya daerah Jerantut dijangka hujan malam ini. Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Sibu (Sibu dan Selangau), Kapit, Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Miri (Beluru dan Telang Usan)," maklum kenyataan itu.
Baca juga:Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
