
Enam Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri dan tiga Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 9 malam ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri seperti Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan Sarawak dan Sabah diramal hujan.
Manakala seluruh WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan WP Labuan juga diramal hujan hingga malam ini.
“Di Perak, daerah yang terlibat adalah Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim. Manakala di Pahang pula termasuk Tanah Tinggi Cameron dan Maran.
“Beralih ke Selangor, antara lokasi yang diramal hujan adalah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang. Sementara itu di Negeri Sembilan, hanya melibatkan daerah Seremban dan Port Dickson.
“Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri dan Limbang .
“Bagi Sabah pula seperti Pedalaman, Pantai Barat, Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan),” maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
https://web.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid06Sf4VFZ9cNpVcLYqRaEQve4cJEP5EkkM39A17L2tVD9GpR4p7b7BLPnj25E2t7mzl
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia
BACA: MINDEF Pandang Serius, Siasat Dakwaan Aktiviti Tidak Bermoral Dalam Kem Tentera
The post Enam Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini appeared first on Siakap Keli.




