Enam pendaki hilang tiba di IPD Gerik untuk rakam keterangan

8 Sep 2026 • 12:21 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Enam pendaki hilang tiba di IPD Gerik untuk rakam keterangan

GERIK: Enam pendaki termasuk empat sekeluarga yang dilaporkan hilang di Gunung Trans Gerah (Trans GGB) di Hutan Simpan Lojing, Kelantan tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik di sini, sebentar tadi untuk dirakam keterangan.

Kenderaan yang membawa mereka tiba pada pukul 11 pagi dari Jeti Trojan, Tasik Temenggor selepas mereka dibawa keluar dari Pos Kemar menggunakan bot.

Semalam, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mengesan kesemua mangsa digerakkan selepas mereka gagal keluar mengikut jadual di Pos Kemar pada 3 September lalu.

Mereka memasuki kawasan hutan melalui Pos Dakoh, Lojing, Gua Musang pada 29 Ogos lalu.

Enam individu terlibat terdiri daripada dua malim gunung, Shafiee Sidek, 49, dan Hazman Mamat, 43, serta empat sekeluarga iaitu Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39; isterinya, Siti Zulaiha Norizan, 39, dan dua anak mereka, Diya Raisha, 13, serta Ahmad Raef, 9. – UTUSAN

The post Enam pendaki hilang tiba di IPD Gerik untuk rakam keterangan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved