Enam rumah hangus di Ranau

26 Jun 2026 • 4:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Enam rumah hangus di Ranau

RANAU: Sebanyak enam rumah sewa tidak kekal musnah hampir sepenuhnya dalam satu kebakaran di Kampung Marakau, pada Khamis pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, Pegawai Bomba Kanan II PPgB Rantey Fred berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.40 pagi sebelum jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Jentera tiba pada jam 10.44 pagi, kira-kira tiga kilometer dari balai. Setibanya di lokasi, didapati deretan enam unit rumah sewa telah terbakar hampir keseluruhannya,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, kebakaran itu memusnahkan kira-kira 90 peratus struktur bangunan ketika pasukan bomba tiba di lokasi.

Kebakaran turut menyebabkan beberapa kenderaan yang diletakkan berhampiran terjejas akibat bahang api. Sebuah Ford Ranger mengalami kerosakan kira-kira 70 peratus, manakala sebuah Isuzu D-Max dan sebuah kereta Hyundai masing-masing mengalami kerosakan sekitar lima peratus.

Sebuah motosikal turut mengalami kerosakan kecil sekitar empat peratus.

Tiada sebarang kecederaan atau kematian dilaporkan dalam kejadian itu.

Rantey berkata operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran hos sepanjang 100 kaki dengan dua pancutan air, menggunakan bekalan dari tangki jentera bomba serta pili bomba berhampiran.

Operasi dikawal pada jam 10.55 pagi dan operasi ditamatkan pada jam 1.08 tengah hari selepas pasukan memastikan tiada bahaya lain, katanya.

Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ranau terlibat dalam operasi itu, melibatkan lima anggota Unit Fire Rescue Tender (FRT) dan dua anggota Unit Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS).

Operasi diketuai PBK I Becket Gumat dengan bantuan polis serta Sabah Electricity (SE). Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved