Enam suspek kes tetak disambung reman

28 May 2026 • 12:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Enam suspek kes tetak disambung reman
Enam lelaki warga tempatan disambung reman tujuh hari lagi bagi membantu siasatan kes seorang lelaki berusia 22 tahun yang maut dipercayai ditetak di Pekan Nanas, Pontian pada 21 Mei lalu.

KULAI – Enam lelaki warga tempatan disambung reman selama tujuh hari lagi bagi membantu siasatan kes seorang lelaki berusia 22 tahun yang maut dipercayai ditetak di Pekan Nanas, Pontian, pada minggu lalu.

Perintah sambung reman terhadap semua suspek dikeluarkan Majistret R. Salini di Mahkamah Majistret Kulai selepas tempoh reman tujuh hari sebelum ini tamat pada Khamis.

Terdahulu, semua suspek tiba di mahkamah dengan berpakaian lokap serta diiringi anggota polis.

Kesemua suspek berusia antara 18 hingga 22 tahun itu ditahan menerusi operasi khas yang dijalankan bermula jam 8 malam, 21 Mei hingga 4 pagi, 22 Mei lalu di sekitar Batu Pahat dan Gelang Patah.

Dalam kejadian pada 21 Mei lalu, mangsa ditemukan maut dalam keadaan berlumuran darah akibat kecederaan pada bahagian tangan dan kaki di hadapan sebuah kedai makan dan minuman di Pekan Nanas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved