Tikam wanita: Reman ejen hartanah disambung hingga Rabu

Local
24 May 2026 • 11:22 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tikam wanita: Reman ejen hartanah disambung hingga Rabu
Laporan Sinar Harian pada 18 Mei berhubung reman seoramng ejen hartanah kes tikam leher seorang wanita.

ALOR SETAR - Reman terhadap suspek lelaki yang menikam leher seorang wanita di hadapan sebuah restoran di Jalan Titi Gajah, Kepala Batas di sini disambung reman hingga Rabu ini.

Perkara tersebut disahkan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali mengulas reman terhadap suspek berusia 32 tahun itu selama seminggu dan tamat pada Ahad.

Menurutnya, keadaan mangsa berusia 35 tahun pula yang telah menjalani pembedahan di Hoppital Sultanah Bahiyah di sini kini berada dalam keadaan stabil dan mula sedar.

Sebelum ini Majistret Nur Syifa Mohd Hamzah membenarkan permohonan reman oleh polis di lokap Kompleks Mahkamah Alor Setar bermula 18 Mei lalu.

Media sebelum ini melaporkan seorang wanita cedera parah di leher dalam satu kejadian pada jam 9.19 malam pada 17 Mei selepas dipercayai ditikam lelaki dikenali di hadapan sebuah restoran.

Suspek yang merupakan seorang ejen hartanah kemudiannya dipercayai melarikan diri selepas kejadian, namun berjaya ditahan oleh polis di kawasan Masjid Taman Uda di sini pada jam 1.50 pagi.

Polis percaya unsur cemburu menjadi motif awal kejadian berkenaan dan pihak berkuasa kemudiannya menemui pisau ‘rambo’ enam inci yang dipercayai digunakan untuk menikam di bahagian leher mangsa.

Penemuan senjata berkenaan sejauh 200 meter dari lokasi kejadian di kawasan sawah telah dipandu arah oleh suspek sendiri dan polis menyifatkan sebagai perkembangan positif dalam siasatan kes berkenaan.

View Original Article