Enam Tahun Berkahwin, Aisyah Hijanah Kongsi Tips Bermadu - “Memang Susah…”

21 Oct 2024 • 12:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah berkongsi caranya menguruskan diri apabila suaminya, Alif Teega tiada di rumah.

Akui Sukar Bermadu

Menurut Aisyah, ramai netizen yang bertanyakan soalan berikut menerusi direct message(dm) susulan suaminya berkahwin buat kali kedua.

“Memang susah, Aisyah pun ambil beberapa bulan untuk reset hati betul-betul untuk Allah. Kita dah enam tahun dengan dia berdua, tiba ujian macam ini memang menguji jiwa kita...

“Aisyah dapat mesej ada yang tanya macam mana Aisyah jaga diri bila Alif keluar untuk tugas dia. 

“Sebenarnya saya tak gemar nak kongsi benda ini tapi berharap boleh beri manfaat untuk sayang diri sendiri dahulu. 

“Bila hati kita terikat kepada suami, memang kita akan sakit bila kita nampak dia keluar, lagi-lagi kita tahu tujuan dia,” ujarnya.
 



“Tetapi, bila kita kurangkan sikit sayang kita dan ‘reset’ hati kita. Sayang Allah dulu, sayang diri dulu baru suami, barulah kita akan okay sedikit. 

“Memang susah, Aisyah pun ambil beberapa bulan untuk reset hati betul-betul untuk Allah. Kita dah enam tahun dengan dia berdua, tiba ujian macam ini memang menguji jiwa kita.

“Selalunya, Aisyah akan set minda sehari sebelum hari itu. Aisyah akan plan nak buat apa terus. Fokus cari ilmu, tambah solat-solat sunat, zikir, buku, selfcare. 

“Rugilah, kalau hancur untuk manusia. Allah bagi kita akal yang sihat, wajah yang cantik, tubuh yang sihat, last-last kita hancur kerana manusia. 

“Gunakan segala nikmat Allah bagi untuk khidmat kepad Allah semula. Minta ampun pada Allah, minta syurga tanpa hisab, minta bahagia di Akhirat bersama para auliya dan boleh melihat wajah Allah kerana hidup ini untuk Allah,” katanya.