Enam warga Pakistan ditahan dalam serbuan di Kampung Nakhoda

17 Oct 2026 • 2:28 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Enam warga Pakistan ditahan dalam serbuan di Kampung Nakhoda

PETALING JAYA : Seramai enam warga Pakistan ditahan selepas dalam operasi bersepadu di Masjid Ahmadiyyah, Kampung Nakhoda dan sebuah premis keagamaan di Jalan Laksmana, Kampung Laksmana, Gombak semalam.

Serbuan itu dilaksanakan secara bersepadu bermula pukul 10.30 pagi.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, seramai 76 individu diperiksa dalam operasi yang dijalankan.

Katanya, kesemua individu berkenaan dibawa dan dikumpulkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk pemeriksaan awal sebelum semakan dokumen dilakukan.

Image from: Enam warga Pakistan ditahan dalam serbuan di Kampung Nakhoda

“Hasil pemeriksaan mendapati enam individu disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1959 dan 1963.

“Seksyen berkenaan berkaitan keperluan warga asing memiliki pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, dalam operasi itu, tiada majikan direkodkan terlibat dalam tindakan penguatkuasaan berkenaan.

“Kesemua individu yang ditahan akan disiasat mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” jelasnya. –UTUSAN

The post Enam warga Pakistan ditahan dalam serbuan di Kampung Nakhoda appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved