6 warga Pakistan ditahan di masjid, premis keagamaan di Gombak

17 Oct 2026 • 3:11 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 6 warga Pakistan ditahan di masjid, premis keagamaan di Gombak

PETALING JAYA – Seramai enam warga Pakistan ditahan selepas dalam operasi bersepadu di Masjid Ahmadiyyah, Kampung Nakhoda dan sebuah premis keagamaan di Jalan Laksmana, Kampung Laksmana, Gombak semalam.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, seramai 76 individu diperiksa dalam operasi bersepadu yang dijalankan bermula pukul 10.30 pagi.

Katanya, kesemua individu berkenaan dibawa oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk pemeriksaan awal sebelum semakan dokumen dilakukan.

“Hasil pemeriksaan mendapati enam individu disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959 dan 1963.

“Seksyen berkenaan berkaitan keperluan warga asing memiliki pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, dalam operasi itu, tiada majikan direkodkan terlibat dalam tindakan penguatkuasaan berkenaan.

“Kesemua individu yang ditahan akan disiasat mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

The post 6 warga Pakistan ditahan di masjid, premis keagamaan di Gombak appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved