Enggan Ceraikan Isteri, Bapa Ugut Nak B*kar Anak Ditahan Polis

Entertainment
20 Sep 2024 • 11:36 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hanya disebabkan tidak puas hati dengan perceraian, seorang bapa sanggup mengugut untuk membakar anak kandungnya.

Bagaimanapun, tindakan lelaki itu membawa padah apabila telah ditahan polis susulan tular sebuah video seorang kanak-kanak lelaki menangis teresak-esak dikelilingi unggun api, dipercayai dideranya.

Ketua Polis Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, lelaki berkenaan diberkas dalam sebuah kenderaan jenis Nissan Grand Livina di sebuah perhentian bas hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2 pada jam pukul 10.30 malam Rabu.

Memetik laporan Malaysia Gazette, video berkenaan sebagai ugutan dan protes berkaitan kemelut rumah tangga mereka kerana suspek tidak bersetuju dengan perceraian tersebut.

Menurut laporan dibuat, difahamkan pengadu yang telah diceraikan suaminya pada Ahad lalu telah menghantar anak lelakinya yang berusia dua tahun ke rumah suspek yang terletak di Beserah.

Pengadu telah menerima beberapa video yang dihantar oleh suspek yang memukul dan memarahi anak lelaki mereka tanpa sebab dan menyebabkan kanak-kanak tersebut kelihatan seperti trauma serta ketakutan.

image is not available

Pada 18 September, pengadu sekali lagi menerima beberapa video bekas suaminya memarahi anak mereka dengan memukul dan mengugut untuk membakar kanak-kanak tersebut.

Bimbang dengan keadaan tersebut, pengadu kemudiannya telah bertindak membuat laporan polis dan tindakan segera diambil bagi menangkap suspek.

Suspek berusia 35 tahun mempunyai 12 rekod jenayah lampau dan hasil siasatan lanjut mendapati lelaki itu mengaku terlibat dalam kes yang disiasat kerana tertekan. Dia kini direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.