“Enjin kereta masih hidup”- Seorang Jururawat Ditemui Tertiarap Tidak Sedarkan Diri Di Tepi Jalan

20 Apr 2024 • 2:05 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang jururawat wanita ditemui tidak sedarkan diri dalam keadaan tertiarap di tepi jalan di Jalan Simpang Tiga Dangi, Johol, Negeri Sembilan pada Jumaat lalu.

Difahamkan, wanita itu ditemui juga dalam keadaan masih lengkap berpakaian uniform jururawat dan tertiarap di luar keretanya, lapor Sinar Harian.

Enjing keretanya ketika dia ditemui oleh orang awam juga masih dalam keadaan hidup.

image is not available

Mangsa berusia 30-an bagaimanapun telah dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah untuk dirawat.

Keterangan awal jururawat wanita itu kepada polis mendapati bahawa dia telah dipukul di bahagian kepala dan bukannya dirompak.

Siasatan pihak polis turut mendapati bahawa barang peribadi mangsa di lokasi kejadian juga tidak hilang atau dicuri.

Difahamkan juga, sebelum berlakunya kejadian, mangsa sedang dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Hospital Tuanku Ampuan Najihah dan dia telah melalui jalan tersebut untuk pulang ke rumahnya.

Menurut polis lagi, setakat ini, pihak mereka masih mendapatkan keterangan lanjut tentang kejadian itu daripada mangsa kerana mangsa kini sedang dirawat.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.