Jururawat ditemui tertiarap tidak sedarkan diri tepi jalan

20 Apr 2024 • 12:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang jururawat wanita ditemui tidak sedarkan diri oleh orang awam dalam keadaan tertiarap di luar keretanya dengan enjin masih hidup di tepi Jalan Simpang Tiga Dangi, Johol, pada Jumaat.

KUALA PILAH - Seorang jururawat wanita ditemui tidak sedarkan diri oleh orang awam dalam keadaan tertiarap di luar keretanya dengan enjin masih hidup di tepi Jalan Simpang Tiga Dangi, dekat Johol, Johol, di sini pada Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Deputi Superintenden Syahrul Anuar Abdul Wahab berkata, mangsa berusia 30-an itu lengkap berpakaian uniform putih ditemui kira-kira jam 10 malam.

"Pihak kami menerima laporan kira-kira jam 11 malam yang memaklumkan orang awam menemui seorang jururawat wanita dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai dirompak.

"Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk diberikan rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Ujarnya, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Durian Tunggal, Melaka dari tempat kerja di HTAN dengan melalui Jalan Dangi.

"Buat masa ini mangsa sedang dirawat dan kami masih mendapatkan keterangan lanjut daripadanya mengenai kejadian sebenar.

"Bagaimanapun mengikut keterangan awal, mangsa memaklumkan tidak dirompak sebaliknya hanya dipukul di bahagian kepala, malah siasatan di lokasi juga mendapati tiada barang peribadi mangsa yang hilang.

"Siasatan lanjut masih diteruskan dan setakat ini kes dibuka mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved