Enjin pesawat terpakai lebih RM6 juta cuba diseludup dari Singapura

2 Oct 2026 • 10:46 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Enjin pesawat terpakai lebih RM6 juta cuba diseludup dari Singapura

JAKARTA – Polis Kepulauan Riau mematahkan cubaan menyeludup tiga enjin pesawat terpakai dari Singapura,  dianggarkan bernilai 30 bilion rupiah (RM6.8 juta), kata pihak berkuasa semalam seperti laporan agensi berita ANTARA.

Polis merampas enjin turbojet itu di  daerah Batu Ampar, Batam pada 15 Ogos lalu, kata  Pesuruhjaya Kanan Nona Pricillia Ohei.

Setiap enjin dianggarkan bernilai 10 bilion rupiah (RM2.2 juta).

Empat suspek dikenali dengan inisial LH, AE, AS, dan DJ dikenali pasti berhubung penyeludupan tersebut.

Peranan mereka merangkumi pengurusan kontrak penghantaran dan logistik sehinggalah mengatur pembeli dan pengedaran.

Tiga enjin  itu disimpan di Batam selama tujuh bulan sebelum dipintas semasa pemindahan gudang.

“Barangan tersebut disimpan sementara dokumen penghantaran diubah,” kata Ketua Sub-Direktorat Siasatan Industri dan Perdagangan di Direktorat Siasatan Jenayah Khas Polis Daerah Kepulauan Riau, Pesuruhjaya Polis Paksi Eka Saputra dalam sidang akhbar di Batam semalam.

Pegawai penyiasat mendapati dokumen penghantaran menyenaraikan beberapa syarikat tempatan  yang tidak lagi beroperasi. 

Enjin terpakai itu tiba di Batam di atas sebuah kapal pembinaan dry-stack dengan destinasi akhirnya adalah Jakarta, di mana ia akan dijual semula sebagai alat ganti penerbangan.

Undang-undang  Indonesia melarang keras pengimportan barangan terpakai secara komersial melainkan pengecualian khusus diberikan oleh kerajaan pusat. – AGENSI

The post Enjin pesawat terpakai lebih RM6 juta cuba diseludup dari Singapura appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved