Wang hampir RM14 juta dalam dinding rumah

24 Sep 2026 • 8:50 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Wang hampir RM14 juta dalam dinding rumah

ROM – Polis Itali menemukan wang tunai lebih  €3 juta (RM13.9 juta) disembunyikan di dalam dinding dan lantai rumah seorang suspek ketua sindiket dadah,  kata seorang pendakwa raya antimafia kepada AFP semalam.

”Serbuan polis turut membongkar raifal Kalashnikov bersama senjata api  lain dan 11 jam tangan Rolex,”  kata Pendakwa Raya Naples, Nicola Gratteri.

Menurutnya, rampasan itu sebahagian daripada hasil siasatan yang bermula pada 2023.

Kemuncak siasatan berlaku Isnin lalu dengan penahanan 34 orang yang dituduh menganggotai kumpulan  jenayah bersenjata dan menggunakan cara mafia untuk mengedar dadah.

“Wang tunai dan senjata ini dirampas tahun lalu dari sebuah hartanah di Caivano, bandar timur laut Naples di selatan Itali yang dikuasai oleh mafia Camorra,”  kata Gratteri.

Maklumat itu diperoleh  daripada seorang suspek yang ditangkap pada Julai 2025, yang kemudian menjadi saksi pendakwaan.

Dua hari kemudian, polis menyerbu rumah berkenaan. – AFP 

The post Wang hampir RM14 juta dalam dinding rumah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved