Berjaya tamatkan 21km walau tidak dapat melihat, OKU ini dipimpin sahabat hingga ke garisan penamat. Sebak!

16 Jul 2025 • 9:45 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

TULAR satu video baru-baru ini memaparkan dua sahabat berganding bahu dalam satu acara larian Score Marathon 2025 di Putrajaya.

Apa yang menyentuh hati ialah salah seorang pelari itu merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan.

Malah, sepanjang larian tersebut, rakan karibnya yang bertindak sebagai 'guide runner' dilihat tidak berenggang dan sentiasa berada di sisi sambil memimpin tangan pemuda tersebut.

image is not available

Meskipun tidak mampu melihat, namun semangat lelaki bernama Adry Fazmi begitu kuat sehinggakan berjaya menamatkan larian 21KM. 

Bahkan, dalam perkongsian TikTok miliknya, @adryfazmi,  pemuda tersebut dilihat bersemangat dalam menyertai acara sukan berkenaan sehingga mengundang rasa kagum ramai.

image is not available

Ada yang memberi tepukan sokongan buatnya selain ucapan tahniah usai Adri menuju ke garisan penamat.

"Dengan sokongan keluarga, pasangan dan sahabat, tiada apa yang mustahil.

image is not available

"Sebagai seorang yang kurang penglihatan, berlari sejauh 21KM terasa seperti satu impian yang sukar dicapai. Namun dengan sokongan mereka, saya temui kekuatan untuk terus melangkah.

"Jika anda kenal seseorang yang sedang bergelut, hulurkan tangan. Sokongan atau kehadiran anda mungkin menjadi momen penting dalam hidup mereka," titipnya lagi.

KAWAN YANG BAIK

Sementara itu, rata-rata netizen menerusi ruangan komen menitipkan ucapan tahniah dan memuji semangat yang ada dalam diri lelaki tersebut.

image is not available

"Suatu hari nanti, tangan itu juga ditarik ke syurga. Aamiin²."

"Manusia hebat! Seriously hebat! Saya full panca indera cant even do the running like this guy! Proud of u man!"

"awak istimewaaa dikk berjayaaa menamatkan larian …dikelilingi kawan2 positif yg bagi semangat …tahniahhhhh"

image is not available

"Untungnya dia dapat kawan yang baik.. hebat tahniah."

"21km kental ko bro..paling hebat ko dgn kwn ko sama hebat..seorang memimpin seorang dipimpin

umber: TikTok @adryfazmi, TikTok @aidashafit