Epic Games Membuang 1000 Kakitangan – Beberapa Mod Fortnite Ditamatkan

TechnologyBusiness & Finance
25 Mar 2026 • 8:42 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Epic Games membuang lebih 1,000 pekerja semalam dengan CEO Tim Sweeney mengatakan ia adalah kesan penurunan ketara pemain Fortnite sejak 2025, menyebabkan perbelanjaan melebihi pendapatan. Ini berkait rapat dengan insiden Fornite dikeluarkan daripada App Store dan Play Store selepas Epic Games cuba memintas sistem pembelian dalam aplikasi (IAP) Apple serta Google.

Kos guaman yang tinggi menentang Apple dan Google turut menjadi faktor Epic Games menanggung kerugian yang tinggi. Selepas lima tahun bertarung di mahkamah, mereka kalah dengan Apple sementara kes diselesaikan di luar mahkamah dengan Google baru-baru ini.

image is not available

Pembuangan pekerja serta pemotongan kontrak, pengurangan pemasaran, pembekuan atau penutupan beberapa jawatan terbuka akan menjimatkan syarikat $500 juta menurut Sweeney. Walaupun ramai kakitangan dibuang, Epic Games akan terus memberikan fokus kepada Fortnite dengan penawaran kandungan baharu dan acara bermusim. Sungguhpun begitu tiga mod di dalam Fortnite iaitu Rocket Racing, Ballistic, dan Festival Battle Stage ditamatkan bagi mengurangkan kos.

Pada waktu yang sama pembangunan Unreal Engine 6 sedang dilakukan bersama dengan menambah ciri ke dalam Unreal Editor for Fortnite (UEFN).