
Google hari ini mengumumkan mereka akan mengurangkan potongan daripada setiap pembayaran di Play Store serta membuka program Registered App Stores yang menyokong stor aplikasi pihak ketiga di Android secara rasmi.
Tindakan ini diambil bagi menyelesaikan pertelingkahan dengan Epic Games yang menyebabkan Fortnite dibuang daripada Play Store. Menerusi pengumuman hari ini, Google hanya akan mengambil 20% potongan daripada setiap transaksi dalam Play Store. Ini adalah pengurangan daripada 30% yang diambil sebelum ini. Untuk pembayaran berulang pula, potongan lebih rendah 10% diambil berbanding 15% sebelum ini.

Menerusi program Registered App Stores, stor pihak ketiga seperti Epic Games Store akhirnya disokong secara rasmi. Pemilik stor boleh menawarkan pembayaran mereka sendiri di luar ekosistem Google.
Kadar bayaran baharu Play Store dan sokongan stor pihak ketiga akan tiba di tarikh di bawah mengikut negara.
- Menjelang 30 June 30 – Eropah, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
- Menjelang 30 September – Australia
- Menjelang 31 Disember 31 – Korea dan Jepun.
- Menjelang 30 September 2027 – Seluruh dunia.


