EPL: Chelsea hilang tuah Stamford Bridge

FootballSports
26 Oct 2026 • 10:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Chelsea hilang tuah Stamford Bridge

LONDON – Pengurus Chelsea, Xabi Alonso mahu seluruh pasukannya ambil tanggungjawab selepas menerima kekalahan 0-2 kepada Tottenham Hotspur pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi semalam.

Alonso tidak mampu untuk menyembunyikan kekecewaannya dan anggap pemain sepatutnya boleh tampil lebih baik dimana The Blues juga terpaksa menamatkan perlawanan dengan 10 orang selepas Cole Palmer diarahkan meninggalkan padang kerana menerima kad kuning kedua.

Penjaga gol, Mike Penders yang cemerlang melakukan halangan percubaan Spurs juga dihimpit malang apabila tertampan bola ke gawang sendiri untuk ‘menghadiahkan’ gol kedua buat pelawat.

“Kami ambil semua tanggungjawab atas keputusan dan prestasi pasukan kali ini. Pada perlawanan kali ini, kami tidak mampu untuk tampil lebih baik.

“Selepas gawang kami dibolosi buat kali pertama dan adanya layangan kad merah, sudah pasti situasi itu makin menyukarkan kami,” katanya.

Mengulas lanjut, Alonso yang tidak dapat menurunkan penyerang utamanya, Joao Pedro ekoran kecederaan akui layangan kad merah seakan merubah permainan ketika anak buahnya kekal dengan kemahuan untuk bangkit.

“Ketika kami mahu berikan reaksi balas, berlaku pula kad merah dan segalanya berubah menjadi sebaliknya. Kami menentang pasukan yang bagus namun sebenarnya kami mampu untuk melakukan lebih baik,” katanya. – AGENSI

The post EPL: Chelsea hilang tuah Stamford Bridge appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved