EPL: Carrick mula nampak perubahan

Football
20 Oct 2026 • 9:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Carrick mula nampak perubahan

LONDON – Pengurus Manchester United, Michael Carrick percaya keputusan seri 1-1 ketika berdepan Leeds United di Elland Road, kelmarin akan menjadi titik mula kepada kebangkitan yang akan dijelmakan oleh pasukannya.

Menurut Carrick, pasukannya sudah mula melakukan perkara yang betul dan dengan alasan yang tepat menyebabkan beliau yakin bahawa mereka akan memperoleh hasil yang lebih baik selepas ini.

“Sejujurnya, ini terasa seperti satu permulaan baharu. Dari segi kedudukan, kami perlu menerima hakikat tersebut dan mengambil tindakan untuk mengubah keadaan. Saya melihat matlamat dan kesungguhan yang jelas sejak beberapa hari kebelakangan ini

“Jelas sekali, ini menunjukkan bahawa para pemain benar-benar bersemangat untuk memberikan yang terbaik demi satu sama lain, selain membuktikan betapa mereka menghargai peluang beraksi untuk kelab bola sepak ini,” katanya.

Pada perlawanan kelmarin, Bryan Mbeumo terlebih dulu membuka jaringan buat The Red Devils, namun Leeds United kembali menyamakan kedudukkan menerusi Dominic Calvert-Lewin.

Walaupun mampu mengelak daripada kekalahan, keputusan itu langsung tidak banyak membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang menghimpit Carrick ketika ini yang berdepan kesukaran untuk mempertahankan jawatannya.

Dalam sembilan perlawanan terakhir untuk semua pertandingan, United hanya mampu meraih dua kemenangan, masing-masing ketika menewaskan Ipswich Town ketika aksi Liga Perdana Inggeris, 30 Ogos lalu dan kalahkan Sabah FK di pentas Liga Juara-Juara, 11 September lalu.

Tumpuan aksi menentang Leeds juga turut terarah kepada pertahanan, Lisandro Martinez yang mengeluarkan kenyataan pedas buat pasukan, namun masih mendapat kepercayaan Carrick apabila disenaraikan dalam kesebelasan utama

“Kami tidak akan terbawa-bawa dengan perkara itu. Jika saya fikirkan ia adalah demi kebaikan, sudah pasti pemain sememangnya ada hak,” katanya merujuk keputusan menyenaraikan Martinez dalam kesebelasan utama. – AGENSI

The post EPL: Carrick mula nampak perubahan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved