Liga Super: Dua gol pantas julang DPMM FC

FootballSports
18 Oct 2026 • 10:20 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Liga Super: Dua gol pantas julang DPMM FC

BRUNEI – Layangan kad merah terhadap kapten Kuching City, Petrus Shitembi menjadi titik kebangkitan buat DPMM FC yang mencatatkan kemenangan 3-2 pada aksi Liga Super di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, sebentar tadi.

Ketika Kuching City seakan sedang berada di landasan untuk membawa pulang tiga mata, kehilangan Shitembi akibat kad kuning kedua pada minit ke-61 nyata mengubah rentak permainan, sekali gus membuka ruang buat tuan rumah melancarkan kebangkitan penuh dramatik.

Terdahulu, tuan rumah memulakan perlawanan dengan baik apabila Dalberto bijak mengambil peluang untuk membuka jaringan perlawanan pada minit ke-6.

Minit ke-28, Dylan Wenzel-Halls melakukan sepakan percuma menarik hingga berjaya memperdayakan penjaga gol DPMM FC, Samuel Somerville, sekali gus menghasilkan gol penyamaan buat pelawat.

Jaringan itu menjadikan aksi makin menarik, menyaksikan kedua-dua pasukan saling mencipta peluang namun tiada tambahan jaringan mampu dihasilkan.

Kira-kira tiga minit selepas aksi bersambung, Wenzel-Halls sekali lagi menyerlahkan kualitinya yang bijak melepasi perangkap offsaid sebelum melakukan penyudah sempurna untuk meletakkan The Cats di depan.

Bagaimanapun, 13 minit selepas itu, Kuching City berada dalam situasi sukar apabila hilang khidmat Shitembi yang terpaksa meninggalkan permainan lebih awal kerana menerima kad kuning kedua.

DPMM FC pantas mengambil kesempatan apabila memperoleh dua gol dalam tempoh dua minit, masing-masing menerusi Azwan Ali Rahman pada minit ke-64 dan Dalberto, minit ke-66. – KOSMO! ONLINE

 

The post Liga Super: Dua gol pantas julang DPMM FC appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved