EPL: Chelsea pastikan Man. United tersungkur lagi

FootballSports
31 Oct 2026 • 10:37 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Chelsea pastikan Man. United tersungkur lagi

LONDON – Manchester United semakin menghampiri zon penyingkiran selepas terus mempamerkan aksi hambar apabila tewas 0-2 kepada Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge, sebentar tadi.

Kekalahan itu menyaksikan skuad kendalian Michael Carrick terus bergelut mencari rentak apabila mengutip tujuh mata selepas mengharungi sembilan perlawanan musim ini.

Chelsea membuka tirai jaringan menerusi penyudah menarik Morgan Rogers pada minit ke-50 selepas pemain itu melakukan larian solo untuk menembusi benteng pertahanan pelawat sebelum menewaskan penjaga gol, Senne Lammens.

Malang berganda buat United apabila Lisandro Martinez dilayangkan kad kuning kedua dan diperintah keluar padang pada minit ke-63 selepas mengasari Wesley Fofana dalam kotak penalti.

Chelsea kemudian memperoleh sepakan penalti hasil semakan VAR sebelum Cole Palmer menyempurnakannya pada minit ke-64 untuk menggandakan kelebihan tuan rumah.

Chelsea hampir menambah jaringan ketiga menerusi Estevao pada minit ke-71, namun gol tersebut dibatalkan selepas pemain itu didapati berada dalam kedudukan ofsaid.

United cuba mencari peluang untuk merapatkan jurang tetapipercubaan jarak jauh Bryan Mbeumo pada masa kecederaan berjaya ditepis Mike Penders hingga bola terkena palang.

Keputusan 2-0 kekal sehingga wisel penamat, sekali gus menambah tekanan ke atas pengurusan United sama ada mahu teruk kekalkan Carrick atau sebaliknya. – AGENSI

The post EPL: Chelsea pastikan Man. United tersungkur lagi appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved