EPL: De Zerbi terpaksa mohon maaf

Football
31 Aug 2026 • 8:10 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: De Zerbi terpaksa mohon maaf

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Roberto De Zerbi terpaksa membuat permohonan maaf kepada para peminat pasukan itu selepas pasukannya tewas buat kali kedua berturut-turut dalam dua aksi awal musim ini.

Awal pagi semalam menyaksikan Spurs terpaksa akur dengan kekalahan 0-2 menentang Newcastle United dan lebih malang, kekecewaan itu berlaku di hadapan penyokong mereka sendiri.

Jendela perpindahan kali ini menyaksikan Spurs cukup agresif membawa masuk pemain-pemain baharu dengan nilai yang cukup besar, namun mereka seakan belum mencapai tahap terbaik untuk memburu kemenangan sekali gus menjadi permulaan terburuk kelab itu sejak 52 tahun lalu.

Bagaimanapun, De Zerbi mengakui masih belum panik dan yakin mereka mampu mempamerkan kebangkitan untuk mengembalikan keyakinan peminat.

“Saya tidak panik dan saya tahu ke mana hala tuju kami. Bagaimanapun, saya mahu meminta maaf kepada penyokong atas keputusan kali ini.

“Kini kami perlu segera tingkatkan prestasi dan bekerja keras. Ia cukup penting untuk mencari keserasian antara pemain yang ada dalam pasukan,” katanya.

Untuk rekod, Spurs kini sudah pun membelanjakan lebih £300 juta (RM1.6 billion) pada jendela perpindahan kali ini ketika usaha De Zerbi merombak pasukan yang bergelut di zon bawahan musim lalu.

“Pastinya kami kecewa dengan keputusan ini kerana sebelum jaringan pertama terhasil, kami adalah pasukan yang lebih baik. Pastinya kami boleh tampil lebihbaik lagi khususnya ketika melakukan tugasan bertahan,” katanya. – AGENSI20

The post EPL: De Zerbi terpaksa mohon maaf appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved