EPL: Dua alasan United kekalkan Carrick

Football
29 Oct 2026 • 8:20 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Dua alasan United kekalkan Carrick

MANCHESTER – Pengendali Manchester United, Michael Carrick terus diberikan peluang untuk mengemudi pasukan itu biarpun mereka berdepan krisis prestasi meruncing apabila gagal menang dalam lapan perlawanan terakhir.

Bagaimanapun, keputusan yang dibuat oleh pengurusan tertinggi kelab bukan disebabkan keyakinan terhadap Carrick mampu mengubah nasib The Red Devils sebaliknya ia dikatakan berpunca apabila ketiadaan calon pengganti yang dipersetujui dan dirasakan sesuai.

Sumber dalaman kelab mendedahkan, Carrick perlu menggunakan kesempatan kali ini untuk mengubah nasib pasukan dan membuktikan kualiti yang dimiliki selaku pengurus untuk kembali membawa United ke kedudukan yang lebih baik.

“Michael dan pemain kelab ini akan memperoleh peluang kedua untuk mengubah keadaan semasa. Semua orang fokus untuk hadapi perlawanan selepas ini dan cuba berikan reaksi balas dalam padang,” katanya.

Selain itu, faktor kos juga memainkan peranan untuk pihak pengurusan membuat keputusan berkenaan apabila mereka dilapor tidak bersedia untuk mengeluarkan dana untuk membayar pampasan pemecatan Carrick.

Malah, mereka juga perlu mengeluarkan belanja yang lebih besar untuk menandatangani pengurus baharu terutama sekiranya memiliki individu yang masih memiliki kontrak dengan pasukan semasa.

Carrick berdepan nasib yang berbeza berbanding separuh kedua musim lalu apabila beliau berjaya membantu kebangkitan United selepas pemecatan Ruben Amorim dengan membantu pasukan itu menamatkan saingan liga di kedudukan ketiga dan mara ke pentas Liga Juara-Juara.

Dua perlawanan terakhir ketika tewas 1-4 kepada Como dan tunduk 0-3 kepada Bournemouth di Old Trafford menjadi detik paling getir buat Carrick dan satu lagi cabaran hebat perlu dihadapi adalah bertandang ke Stamford Bridge menentang Chelsea pada Sabtu ini. – AGENSI

 

The post EPL: Dua alasan United kekalkan Carrick appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved