
MANCHESTER – Legasi yang dibina Sir Alex Ferguson selama ini boleh dianggap musnah dan Manchester United kini sudah tidak lagi memiliki aura sebagai kelab besar di pentas Eropah serta Liga Perdana Inggeris (EPL).
Menurut, selepas lebih sedekad tanpa kelibat Ferguson kelab itu seakan hilang identiti dengan beberapa perkara yang diterapkan sebelum ini sudah tidak dijadikan tunjang untuk membantu kelab bergerak ke arah lebih baik.
“Jika kita melihat kepada proses pengambilan pemain dan pemain-pemain yang dibawa masuk selama ini, bagi kami, perbincangannya sangat mudah: kami menilai pemain berdasarkan dua kategori, iaitu ‘being’ (sudah bersedia untuk beraksi) dan ‘becoming’ berpotensi untuk berkembang.
“Apa yang saya maksudkan ‘being’ adalah, kami boleh membawa masuk pemain yang kami tahu mampu memberikan prestasi di Liga Perdana Inggeris, seperti Robin van Persie.
“Manakala, kategori ‘becoming’ pula merujuk kepada pemain yang lebih muda, berusia 23 tahun ke bawah. Mereka sudah mempunyai sedikit kemampuan untuk bersaing, tetapi masih mempunyai banyak ruang untuk berkembang dan meningkatkan prestasi sebagai pemain.
“Namun, perkara paling penting yang menjadi asas pertimbangan kami adalah sama ada pemain tersebut mampu membawa perubahan besar kepada pasukan. Saya rasa prinsip itu kini sudah diketepikan menyebabkan standard permainan menjadi sederhana.”
Bekas pembantu Ferguson itu juga mengakui tidak menyokong sekiranya United mahu mengambil bekas pengurus Chelsea dan Inter Milan, Antonio Conte kerana beranggapan tindakan itu akan ‘meruntuhkan’ atau pun memusnahkan pasukan dengan lebih cepat.
“Saya fikir (Conte) akan meningkatkan pasukan dengan cepat, namun turut akan merudum dengan pantas. Saya tidak sebut senarai calon kerana masalahnya adalah bukan menjurus kepada siapa pengurus selepas ini,” katanya. – AGENSI
The post EPL: Punca United makin hilang aura appeared first on Kosmo Online.






