EPL: Dua lagi nama masuk senarai

FootballSports
24 Oct 2026 • 9:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Dua lagi nama masuk senarai

MANCHESTER – Kedudukan Michael Carrick sebagai pengendali Manchester United semakin goyah apabila dua nama besar, Unai Emery dan Julian Nagelsmann muncul antara calon utama untuk mengambil alih ‘kerusi panas’ di Old Trafford dalam masa terdekat.

Sebagai rekod, United telah mengharungi musim yang mengecewakan apabila pasukan hanya mencatat dua kemenangan daripada 11 perlawanan musim ini sekali gus menjadi permulaan terburuk dalam tempoh 30 tahun.

Carrick dijangka kekal mengendalikan The Red Devils ketika melayan kunjungan Bournemouth, malam esok, tetapi masa depannya terus menjadi tanda tanya ketika pihak pengurusan mula mempertimbangkan pilihan pengganti.

Emery antara calon yang mendapat perhatian selepas membuktikan kemampuannya bersama Aston Villa sejak mengambil alih pasukan itu pada 2022 selain membantu pasukan menjulang Liga Europa musim lalu.

Bagaimanapun, kontraknya bersama Villa sehingga 2029 serta pakej pampasan yang perlu dibayar United berpotensi menjadi penghalang kepada usaha mendapatkan khidmatnya.

Nagelsmann turut dilihat sebagai pilihan utama selepas mencipta reputasi bersama Bayern Munich selain membimbing Jerman sehingga kempen Piala Dunia 2026 yang lepas.

Sementara itu, bekas pengendali Newcastle United, Eddie Howe turut dikaitkan dengan jawatan berkenaan apabila sumber media tempatan mendakwa beliau bersedia menerima tawaran untuk mengemudi gergasi England itu.

Howe dilaporkan berada dalam senarai pendek enam calon pendek selain Fabian Hurzeler (pengendali Brighton) serta Antonio Conte atau Kieran McKenna yang kini bergelar ejen bebas. – AGENSI

 

The post EPL: Dua lagi nama masuk senarai appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved