EPL: Hull City cipta kejutan awal

FootballSports
22 Aug 2026 • 9:59 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Hull City cipta kejutan awal

LONDON – Hull City mencipta kejutan awal pada musim baharu Liga Perdana Inggeris selepas mengejutkan Manchester United 2-0 pada aksi pertama di Stadium MKM, sebentar tadi.

Walaupun sering ditekan sepanjang perlawanan, Hull City yang kembali ke pentas Liga Perdana Inggeris buat kali pertama sejak 2017 nyata menjadi pasukan yang lebih efektif untuk menyempurnakan peluang.

Ia menjadi pembuka tirai mengecewakan pengendali pasukan, Michael Carrick yang kini sudah pun menjawat jawatan tetap dan ia pastinya tamparan besar kepada The Red Devils yang kembali dilabel sebagai pasukan pencabar musim ini.

Statistik awal langsung tidak menggambarkan keputusan sebenar di separuh masa pertama yang menyaksikan Hull City mampu menamatkan 45 minit pertama dengan kelebihan dua gol.

Data separuh masa jelas berpihak kepada The Red Devils yang lebih mendominasi permainan namun tuan rumah nyata memiliki sentuhan lebih klinikal untuk memperoleh jaringan.

Hull City hanya memerlukan 17 minit untuk membuka jaringan menerusi Semi Ajayi.

Kira-kira tujuh minit sebelum babak pertama berakhir, giliran Nobel Mendy merobek gawang pelawat sekali gus meletakkan Hull City makin selesa sebelum memasuki bilik persalinan.

Manchester United terus dilihat sebagai pasukan yang lebih baik di separuh masa kedua namun aspek penyudah sering menghadirkan kekecewaan sekali gus menghadiahkan tiga mata berharga buat Hull City. – KOSMO! ONLINE

The post EPL: Hull City cipta kejutan awal appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved