EPL: Permulaan kempen Arsenal sempurna

Football
23 Aug 2026 • 8:20 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Permulaan kempen Arsenal sempurna

LONDON – Arsenal memulakan kempen mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan langkah kanan selepas menewaskan pendatang baharu, Coventry City 3-0 di Stadium Emirates awal pagi semalam.

The Gunners memastikan tiga mata menjadi milik mereka menerusi aksi cukup dominan dengan 65 peratus penguasaan bola selain meledak tiga gol hasil jaringan Kai Havertz, Bukayo Saka dan Martin Odegaard.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengakui gembira dengan aksi dipamerkan selain menganggap, prestasi anak-anak buahnya masih seperti musim lalu ketika mereka menamatkan kemarau 22 tahun untuk menjadi juara liga.

“Apa yang boleh saya katakan, mereka (pemain Arsenal) masih sama seperti musim lalu. Apa yang saya cuba terapkan kepada mereka kali ini adalah untuk memiliki kemahuan lebih tinggi bagi menjadi pasukan terbaik.

“Ia satu keputusan yang sangat baik, begitu juga dengan prestasi dipamerkan semua pemain. Kami mendominasi sepenuhnya perlawanan hari ini (semalam), pemain-pemain menunjukkan keserasian cukup tinggi,” katanya.

Sementara itu, beliau juga mengesahkan pemain baharu, Bruno Guimaraes mungkin terpaksa diketepikan untuk tempoh beberapa minggu selepas dia dilaporkan mengalami kecederaan hamstring tahap dua.

“Kami langsung tidak jangka ia memerlukan beberapa minggu. Kita tunggu dan lihat bagaimana perkembangannya dalam tempoh seminggu ini kerana dia sangat bersemangat untuk membantu pasukan,” ujar Arteta. – AGENSI

The post EPL: Permulaan kempen Arsenal sempurna appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved