EPL: Iraola sedia ketepi sentimen peribadi

FootballSports
20 Sep 2026 • 10:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Iraola sedia ketepi sentimen peribadi

LONDON – Pengurus Liverpool, Andoni Iraola mahu mengetepikan sentimen peribadinya dengan Bournemouth untuk harungi perlawanan kelima Liga Perdana Inggeris, malam ini.

Selepas mencipta reputasi baik bersama The Cherries, Iraola mahu kekal profesional dan enggan memberi belas ihsan kepada bekas pasukannya kerana keutamaan adalah memburu kemenangan kedua buat The Reds untuk saingan EPL.

“Secara peribadi, pastinya saya sangat teruja untuk bertemu dan memeluk pemain dan kakitangan yang pernah bekerjasama dengan saya. Namun, masih ada perkara yang penting.

“Kini kami perlu ke sana untuk kalahkan mereka dan memastikan kemenangan buat Liverpool. Kami perlu tampil lebih ‘kejam’ dan selepas itu baharu boleh bercakap tentang perlawanan,” katanya.

Ini adalah kami pertama Iraola kembali ke Stadium Vitality dan kehadirannya pasti menjadi perhatian utama khususnya dalam kalangan peminat Bournemouth.

Pada Januari lalu, Iraola telah mengetuai Bournemouth raih kemenangan ke atas The Reds di venue sama dan pastinya keputusan itu mahu diubah pada perhitungan kali ini.

Iraola juga menjelaskan dia memiliki kelebihan kerana cukup mengenali kualiti yang ada pada Bournemouth sekali gus memudahkan kerjanya untuk mengatur perancangan terbaik.

“Saya rasa saya memiliki kelebihan kerana cukup mengenali mereka namun mereka juga turut mengenali saya dengan cukup baik,” katanya. – AGENSI

 

The post EPL: Iraola sedia ketepi sentimen peribadi appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved