EPL: Iraola sudah tidak ada alasan

FootballSports
25 Oct 2026 • 9:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Iraola sudah tidak ada alasan

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Andoni Iraola mengakui pasukannya sudah ‘kekeringan’ alasan walaupun akur terpaksa berdepan masalah kecederaan beberapa pemain utama.

Pada aksi menentang Brighton, malam ini, The Reds dijangka hilang khidmat Dominik Szoboszlai, Jeremie Frimpong dan Victor Munoz, namun ia tidak boleh dijadikan faktor kegagalan untuk memburu kemenangan kerana masih memiliki beberapa pemain berkualiti.

Iraola pastinya menuntut pemain sedia ada mampu untuk memberikan mutu permainan terbaik, dengan apa juga cara yang termampu ketika turun menentang Brighton yang berada pada prestasi terbaik di laman sendiri malam ini.

“Bayangkan, kami tidak ada pemain sayap kanan di bangku simpanan dan saya perlu meletakkan pemain lain di posisi itu. Saya lebih suka melakukannya daripada bertahan sepanjang 90 minit.

“Beri segala-galanya sepanjang 60 minit, selepas itu akan ada pemain lain menyambung tugasan itu kerana sekarang kami perlu beri segala-galanya. Kami sebenarnya tidak boleh hanya bermain pada tahap 70 peratus.

“Namun, saya boleh katakan memadai untuk bermain 70 peratus jika mampu dapatkan kemenangan.Tetapi, kami perlu pamerkan kualiti terbaik kerana lawan kami adalah pasukan yang berkualiti,” katanya.

Iraola sedar tugasan mencabar menanti anak buahnya dan mengakui The Seagulls berhak berada di kelompok atasan Liga Perdana Inggeris dengan prestasi yang dipamerkan setakat ini.

Liverpool perlu memberikan fokus terhadap benteng pertahanan apabila Brighton dilihat memiliki jentera serangan yang cukup efisien apabila meledak 23 gol dalam tujuh perlawanan liga dan hanya bolos lima kali setakat ini. – AGENSI

The post EPL: Iraola sudah tidak ada alasan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved