
LONDON – Kualiti yang dimiliki para pemain ketika menyempurnakan peluang bagi menghukum lawan menjadi senjata utama buat Arsenal yang dalam misi mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris, musim ini.
The Gunners berjaya mengekalkan rekod kemenangan bersih dalam dua perlawanan awal musim ini selepas menewaskan Aston Villa 1-0 pada aksi di Villa Park, awal pagi semalam.
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menzahirkan rasa kagum dengan para pemainnya dan menganggap tiga mata kali ini adalah cukup penting untuk menempatkan pasukan di kedudukan terbaik.
Menurutnya, persembahan yang dipamerkan oleh para pemain membuatkan dia yakin Arsenal tidak berdepan masalah besar untuk mempertahankan gelaran EPL dan memburu beberapa trofi lain musim ini.
“Villa Park adalah venue yang sukar untuk dihadapi dan pastinya saya gembira, malah saya fikir kami sebenarnya berhak untuk mendapatkan tiga mata. Ini kerana kami sudah pun menunjukkan prestasi terbaik.
“Penyerang kami melakukan tugas dengan baik untuk memenangi perlawanan kerana setiap pasukan besar lain juga berdepan kesukaran setiap kali bertemu Aston Villa,” katanya.
Pada perlawanan tersebut, Bukayo Saka muncul wira The Gunners apabila meledak gol kemenangan di awal separuh masa kedua, malah paling menarik Arsenal kini masih kebal tanpa bolos.
Kejayaan kali ini juga menyaksikan Arsenal muncul salah satu daripada empat pasukan yang belum tewas bersama Manchester City, Chelsea dan Hull City. – AGENSI
The post EPL: Keyakinan Arteta makin melonjak appeared first on Kosmo Digital.




