EPL: Legasi Bruno Fernandes sudah berakhir

Football
29 Oct 2026 • 10:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Legasi Bruno Fernandes sudah berakhir

MANCHESTER – Pihak pengurusan Manchester United digesa untuk melepaskan khidmat ketua pasukan, Bruno Fernandes dan mendapatkan pembeli yang sesuai dalam tempoh terdekat terutama pada jendela perpindahan Januari nanti.

Legenda United, Paul Scholes percaya pemain antarabangsa Portugal itu sudah melakukan ‘dosa besar’ dan hilang kepercayaan daripada semua orang di kelab itu ekoran kritikan yang dikeluarkan terhadap pengurusnya, Michael Carrick.

Menurutnya, tindakan Fernandes mengkritik taktikal ketika United tewas 1-4 kepada Como di pentas Liga Juara-Juara dianggap sebagai suatu yang sukar diterima dan tidak sepatutnya dilakukan oleh pemain terutama dirinya yang bergelar kapten pasukan.

“Apa yang Bruno Fernandes katakan, saya fikir ia tidak boleh dimaafkan. Bagaimana Bruno Fernandes boleh dipercayai untuk menjadi kapten itu lagi selepas apa yang berlaku.

“Saya fikir dia boleh keluar daripada arena bola sepak Eropah dan perlu pergi ke Arab Saudi. Saya tidak fikir pengurus atau pun mana-mana rakan pasukan boleh mempercayainya lagi,” katanya.

Scholes percaya bahawa bintang Portugal itu boleh mencari peluang yang lebih mewah dan turut memberikan ‘restu’ sekiranya mahu mengembangkan karier di Liga Arab Saudi.

Seorang lagi bekas bintang United, Nicky Butt merasakan tindakan dilakukan Fernandes memusnahkan legasi yang pernah dicipta bersama United termasuk muncul pemain dengan rekod bantuan jaringan paling banyak.

“Kita memuji kebolehannya dan saya tahu betapa bermaknanya untuk bermain dengan kelab ini. Namun, dia seakan ‘membunuh’ dirinya sendiri dalam satu temu bual dan itu adalah perkara bodoh,” kata Butt. – AGENSI

The post EPL: Legasi Bruno Fernandes sudah berakhir appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved