EPL: Liverpool letak dua keutamaan

Football
20 Aug 2026 • 10:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Liverpool letak dua keutamaan

LIVERPOOL – Kapten Liverpool, Virgil Van Dijk mendedahkan pasukan itu memiliki dua keutamaan menjelang saingan musim baharu nanti, iaitu untuk memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara (UCL).

Di bawah kendalian pengurus baharu, Andoni Iraola, pemain Belanda itu percaya The Reds mampu kembali ke prestasi terbaik dan melupakan aksi hambar dipamerkan musim lalu ketika di bawah bimbingan Arne Slot.

Van Dijk berkata, dia mahu rakan sepasukan kembali mendapatkan semangat untuk memenangi takhta liga, sama seperti yang diharapkan Jurgen Klopp ketika beliau mula membimbing Liverpool pada 2015.

“Ketika pertemuan pertama saya dengan Jurgen (Klopp) dahulu, beliau menyampaikan satu mesej kepada kami sebagai satu pasukan. Beliau mahu membentuk sebuah pasukan yang mampu untuk mencabar gelaran liga.

“Sekarang kami mahu cuba untuk memenangi dua trofi penting dalam satu musim, iaitu EPL dan UCL. Kami pernah merasai pengalaman menang, tetapi memenangi kedua-duanya dalam satu musim sesuatu yang sangat berbeza,” katanya.

Pada aksi pramusim sebelum ini, Liverpool dilihat menampilkan aksi yang agak goyah apabila tewas dalam dua daripada tiga perlawanan terakhir, sekali gus menghadirkan kebimbangan buat penyokong The Reds.

Sebagai rekod, Liverpool mengambil keputusan untuk membawa masuk Iraola sebagai pengurus baharu pasukan itu selepas Slot gagal mengemudi mereka mempertahankan gelaran Liga Perdana yang dimenangi pada musim 2024/25. – AGENSI

 

The post EPL: Liverpool letak dua keutamaan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved