EPL: Man. City bangkit dramatik, Aston Villa ‘dibelasah’

Football
23 Aug 2026 • 11:10 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Man. City bangkit dramatik, Aston Villa ‘dibelasah’

MANCHESTER – Manchester City terpaksa bermandi peluh selepas bangkit pada aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan menewaskan Bournemouth 2-1 menerusi jaringan dramatik Josko Gvardiol pada masa kecederaan, sebentar tadi.

City yang dikendalikan Enzo Maresca pada aksi liga pertamanya dikejutkan terlebih dahulu apabila Marcus Tavernier meletakkan Bournemouth di depan pada minit ke-26.

Tuan rumah kemudian meningkatkan tekanan selepas rehat dan usaha mereka akhirnya membuahkan hasil apabila Marc Guehi menyamakan kedudukan pada minit ke-84 menerusi sepakan penjuru.

Gol tersebut menaikkan semangat untuk memburu gol kemenangan ketika perlawanan berbaki lima minit.

Usaha itu akhirnya berhasil Gvardiol menyudahkan hantaran Rayan Cherki untuk meledak gol kemenangan pada masa kecederaan, sekali gus memastikan City membuka kempen dengan tiga mata.

Kemenangan itu memberikan suntikan penting buat pengurus City, Enzon Maresca dalam penampilan pertamanya mengendalikan City selepas menggantikan Pep Guardiola pada bulan lalu.

Sementara itu, Aston Villa melalui mimpi ngeri apabila dibelasah Brighton 0-4 selepas beraksi dengan 10 pemain untuk sebahagian besar perlawanan..

Villa bermula dengan baik, namun segala-galanya berubah selepas Victor Lindelof menjaringkan gol sendiri pada minit ke-8 yang membuka ruang buat Brighton menguasai permainan.

Tuan rumah kemudian mengambil kesempatan sepenuhnya untuk terus membolosi gawang Villa sebanyak tiga kali menerusi Maxim De Cuyper pada minit ke-18 dan jaringan berganda oleh Jack Hinshelwood pada minit ke-30 dan ke-31.

Image from: EPL: Man. City bangkit dramatik, Aston Villa ‘dibelasah’
Tonggak Villa, Joao Gomes dilayangkan kad merah pada babak pertama. – Foto ihsan Premier League

Nasib buruk Villa bertambah apabila Joao Gomes dilayangkan kad merah pada minit ke-40 dengan keputusan 0-4 kekal hingga wisel penamat. – AGENSI

The post EPL: Man. City bangkit dramatik, Aston Villa ‘dibelasah’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved