Pegula, Fils mara ke final Cincinnati Masters 

23 Aug 2026 • 6:07 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pegula, Fils mara ke final Cincinnati Masters 

CINCINNATI: Jessica Pegula bangkit daripada ketinggalan pada set penentuan untuk menewaskan juara bertahan, Iga Swiatek 7-5, 4-6, 6-4 dalam aksi hampir tiga jam sekali gus mara ke final Cincinnati Masters, semalam.

Bintang No. 3 dunia itu melalui perlawanan penuh dramatik apabila kedua-dua pemain saling melakukan break dan re-break sebelum Pegula akhirnya mengambil kesempatan pada penghujung set ketiga.

Pegula mendahului 5-4 selepas Swiatek menyelamatkan tiga mata break, namun pemain Poland itu melakukan double fault pada peluang keempat untuk memberikan Pegula kelebihan.

Kekalahan tersebut akan menyebabkan Swiatek jatuh daripada kedudukan kelima kepada kelapan dunia selepas gagal mempertahankan gelarannya, namun Ogos tetap menjadi bulan produktif buat bekas pemain No. 1 dunia itu apabila dia meraih gelaran pertamanya tahun ini di Toronto.

Sementara itu, dalam aksi lelaki, Arthur Fils menempah tiket ke final Masters 1000 buat kali pertama dalam kariernya selepas menewaskan naib juara Terbuka Perancis, Flavio Cobolli 6-3, 6-4.

Kemenangan itu menyaksikan Fils menjadi pemain Perancis termuda mara ke final Masters sejak Richard Gasquet yang ketika itu berusia 20 tahun di Toronto kira-kira dua dekad lalu.

“Anda turun ke gelanggang dengan lebih gementar kerana ia adalah separuh akhir. Hujan turun, anda perlu menunggu dan apabila kembali, keadaannya sudah berubah sepenuhnya.

“Ia sukar tetapi saya gembira dengan cara saya mengatasinya. Matlamat saya sejak awal musim adalah untuk mara sejauh mungkin dalam kejohanan besar dan cuba beraksi di gelanggang utama. Itulah yang kami lakukan di sini.

“Saya cukup gembira dengan persembahan hari ini dan keseluruhan minggu ini, tetapi saya mahu pergi lebih jauh,” kata Fils. – AFP/UTUSAN

The post Pegula, Fils mara ke final Cincinnati Masters  appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved