EPL: Man. United mampu kembali pulih

Football
25 Oct 2026 • 8:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Man. United mampu kembali pulih

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Michael Carrick mengakui benar-benar yakin mampu memulihkan prestasi hambar pasukannya yang mengharungi tujuh aksi tanpa kemenangan menjelang pertemuan menentang Bournemouth di Old Trafford malam ini.

Carrick menyifatkan kekalahan besar 4-1 kepada Como dalam Liga Juara-Juara pada Khamis lalu sebagai sesuatu yang sama sekali tidak boleh diterima dan mereka perlu segera keluar daripada bencana yang sedang dihadapi.

“Kami sedang melalui fasa yang tidak berjalan dengan baik, jadi kami perlu menunjukkan apa sebenarnya makna semua ini. Hormati kelab bola sepak ini, hormati tuntutan untuk berada di sini dan hormati apa yang diperlukan untuk menang.,

“Kami seolah-olah sedikit tersasar daripada landasan, tetapi kami akan kembali ke landasan yang betul. Saya benar-benar yakin kami mampu melakukannya,” katanya.

Taktik Carrick telah dipersoalkan secara terbuka oleh ketua pasukan, Bruno Fernandes selepas kekalahan kepada Como apabila pemain tengah itu menyifatkan pendekatan pasukan sebagai terlalu pasif.

Situasi itu menyebabkan Carrick enggan mengesahkan sama ada Fernandes akan terus menyandang jawatan kapten kelab itu.

“Perkara paling penting bagi saya adalah pasukan, skuad dan dinamika dalam skuad. Sekali lagi, semuanya berkaitan dengan kelab bola sepak ini. Saya sentiasa melakukan apa yang terbaik untuk kelab.

“Tugas saya adalah untuk menurunkan pasukan yang mampu mewakili penyokong dan membuatkan mereka bangga dengan identiti serta corak permainan yang kami tunjukkan.

“Kebelakangan ini, dalam beberapa perlawanan, kami telah menyimpang daripada identiti tersebut. Saya sedar sepenuhnya tentang perkara itu dan sedang mengambil langkah untuk memperbaikinya.”

Dilantik menerusi kontrak jangka pendek pada Januari lalu, Carrick berjaya membawa The Red Devils kembali ke Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun selepas menamatkan saingan EPL di tempat ketiga. – AGENSI

The post EPL: Man. United mampu kembali pulih appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved