
MANCHESTER – Pengendali Manchester City, Enzo Maresca bangga dengan semangat juang pasukan apabila masih mampu menewaskan Manchester United 1-0 walaupun beraksi dengan 10 pemain pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi semalam.
Pada perlawanan itu, tonggak City, Phil Foden dilayangkan kad merah seawal minit ke-23 selepas mengasari Bruno Fernandes sekali gus memaksa Maresca mengubah taktikal pasukan pada baki saingan.
Menurut Maresca, kehilangan Foden tidak menjejaskan moral pasukan sebaliknya situasi itu untuk membakar semangat pemain untuk meraih tiga mata.
“Sudah tentu permainan menjadi lebih sukar untuk kami, tetapi ia juga lebih sukar buat mereka. Jadi, selepas rehat saya terus percaya kita boleh menang jika kita kekal dalam permainan mengukit taktikal yang ditetapkan.
“Menang dengan 10 pemain sudah cukup istimewa, tetapi ia lebih istimewa apabila ini adalah derbi Manchester yang sentiasa beri tekanan tambahan buat penyokong, pemain dan barisan kejurulatihan,” katanya.
Mengenai kontroversi kad merah Foden, Maresca mengakui keputusan itu wajar tetapi pada masa sama percaya Fernandes turut patut dilayangkan kad merah.
“Tiada alasan untuk Foden menerima kad merah. Tetapi pada masa yang sama, saya juga fikir Bruno juga wajar dilayangkan kad merah,” katanya. – AGENSI
The post EPL: Maresca puji mental pemain City appeared first on Kosmo Online.





