EPL: Masa depan Garnacho makin kelam

Football
25 Sep 2026 • 10:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Masa depan Garnacho makin kelam

LONDON – Pemain sayap Aston Villa, Alejandro Garnacho dikaitkan dengan perpindahan keluar dari kelab itu biarpun baru berhijrah ke Villa Park pada musim panas lalu dan hanya membuat tiga penampilan.

Garnacho menyertai Villa secara pinjaman selama semusim daripada Chelsea pada Julai lalu, namun bergelut untuk mendapatkan minit permainan di bawah kendalian pengurus, Unai Emery.

Secara keseluruhan, pemain berusia 22 tahun itu hanya mengumpul 31 minit permainan untuk Villa, menerusi tiga penampilan apabila Emery memilih pemain seperti Emi Buendia, George Hemmings dan pemain baharu, Ibrahim Mbaye berbanding Garnacho di posisi sayap kiri.

Kini, Garnacho dilaporkan mungkin meninggalkan Villa Park lebih awal daripada yang dijangkakan apabila beberapa kelab La Liga sedang memantau pemain sayap itu menjelang jendela perpindahan Januari.

Perjanjian pinjaman Garnacho ketika ini turut mempunyai klausa kewajipan membeli sekiranya pemain Argentina itu mencapai sasaran tertentu yang ditetapkan dalam perjanjian antara kedua-dua kelab.

Emery telah menjelaskan pendiriannya mengenai Garnacho, dengan pengurus Villa itu berkata pemain berkenaan perlu “terus bekerja” untuk mendapatkan tempat dalam pasukannya.

“Apabila dia mendapat minit permainan, cuba bermain dengan baik. Dia sedang berkembang, tetapi buat masa ini ada pemain lain yang berada di hadapannya,” katanya awal bulan ini.

“Kami mahukan pasukan yang kompetitif dan pemain yang mampu bersaing mengikut gaya permainan yang kami gunakan. Garnacho sedikit ketinggalan disebabkan beberapa keadaan yang berlaku sepanjang pramusim. Sekarang adalah masa untuk bersabar dan memberinya masa yang diperlukan,” katanya. – AGENSI

The post EPL: Masa depan Garnacho makin kelam appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved