Kuasa wang kelab EPL sukar disaingi

Football
9 Sep 2026 • 8:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kuasa wang kelab EPL sukar disaingi

JENDELA perpindahan pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2026/27 secara rasmi telah ditutup pada 1 September lalu dania menyaksikan antara musim panas paling aktif dalam sejarah.

Dua kali rekod perpindahan Britain dipecahkan pada musim panas ini apabila Manchester City membelanjakan £116 juta (RM545 juta) untuk mendapatkan pemain tengah Nottingham Forest, Elliot Anderson, sebelum Chelsea pula menandatangani Morgan Rogers dari Aston Villa dengan nilai £117 juta (RM549 juta).

Malah, pada beberapa jam terakhir sebelum jendela perpindahan ditutup, disahkan bahawa kelab-kelab EPL telah memecahkan rekod perpindahan musim panas mereka sepanjang zaman dengan jumlah perbelanjaan mencecah £3.198 bilion (RM14 bilion).

Bagaimanapun, jumlah tersebut tidak termasuk perpindahan paling besar pada musim panas ini apabila hanya beberapa minit sebelum jendela ditutup, City berjaya mengesahkan perjanjian bernilai £125 juta (RM681.76 juta) untuk menandatangani pemain tengah Chelsea, Enzo Fernandez.

Pada hari terakhir sebelum jendela perpindahan ditutup, dilaporkan urusniaga perpindahan pemain telah menelan kos sebanyak £506.5 juta (RM2.76 bilion) sekali gus mengatasi jumlah yang direkodkan pada musim panas tahun lalu dengan £391 juta (RM2.13 bilion).

Pembelian Fernandez pada saat-saat akhir menyaksikan City muncul pasukan yang paling banyak berbelanja apabila telah menggunakan dana sebanyak £458 juta (RM2.5 bilion) sekali gus menjadi rekod baharu di EPL untuk satu jendela.

Jumlah berkenaan sekali gus berjaya mengatasi rekod yang dipegang pada musim panas tahun lalu selepas The Reds memecahkan kantung mereka yang berjumlah £415 juta (RM2.26 bilion) untuk membawa masuk pemain baharu.

Walaupun skuad kendalian Enzo Maresca itu dilihat berbelanja mewah, mereka turut memperoleh pendapatan sebanyak £304 juta (RM1.66 bilion) hasil daripada penjualan pemain termasuk Rodri, Tijani Reinders, Savio, Omar Marmoush dan James Trafford.

Sementara itu, Chelsea merupakan kelab yang mencatatkan perbelanjaan kedua tertinggi apabila membayar sejumlah £349 juta (RM1.9 bilion) untuk mendapatkan pemain baharu.

Bagaimanapun, The Blues dianggap antara kelab yang paling bijak dalam proses urusniaga pada jendela perpindahan kali ini apabila mereka mendapat berjaya mencatat surplus sehingga £33 juta (RM179.98 juta) menerusi penjualan pemain yang keseluruhan bernilai £382 juta (RM2.08 bilion).

Bagaimanapun, tumpuan pastinya terarah kepada Tottenham Hotspur apabila merekodkan urusniaga yang luar biasa dalam sejarah kelab itu apabila membawa masuk 10 pemain baharu dengan nilai yang cukup besar mencecah £302 juta (RM1.64 bilion).

Ipswich yang baru dinaikkan pangkat ke turut berbelanja besar dalam usaha mengelakkan penyingkiran serta-merta kmusim depan.

Mereka membelanjakan keseluruhan £171 juta (RM932.64 juta), lebih tinggi daripada Manchester United yang membayar £148 juta (RM 807.20juta) untuk pemain baharu.

The post Kuasa wang kelab EPL sukar disaingi appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved