Grealish kembali sertai Everton

FootballSports
3 Sep 2026 • 9:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Grealish kembali sertai Everton

LONDON: Pemain tengah England, Jack Grealish kembali menyertai Everton secara pinjaman selama semusim dari Manchester City.

Kedua-dua kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengesahkan perpindahan tersebut selepas aksi pertama pemain sayap berkenaan di Merseyside musim lalu terhenti akibat kecederaan.

Pemain berusia 30 tahun itu memberi impak ketika menjalani tempoh pinjaman pertamanya musim lalu apabila dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Bulanan EPL bagi Ogos, selain menyumbang dua gol dan enam bantuan gol dalam 22 penampilan dalam semua pertandingan.

Bagaimanapun, kempen Grealish berakhir lebih awal selepas kakinya cedera pada Januari.

“Saya melalui tempoh yang sangat baik di sini untuk enam bulan pertama, kemudian saya kekal di sekitar pasukan selepas mengalami kecederaan. Saya menonton semua perlawanan Everton pada aksi pramusim dan sejak musim bermula,” kata Grealish.

Grealish menyertai City dari Aston Villa dengan yuran perpindahan dilaporkan 100 juta pound (RM545.84 juta) pada tahun 2021.

Sepanjang berada di Stadium Etihad, dia membantu kelab itu memenangi tiga kejuaraan EPL, Piala FA dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Dia juga teruja untuk kembali bekerja di bawah kendalian David Moyes di Everton.

“Saya pernah bekerja dengan beberapa pengurus sebelum ini dan saya merasakan saya bermain pada tahap terbaik di bawah kendalian mereka dan dia pasti termasuk dalam kategori itu.

“Kini saya rasa sudah bersedia untuk beraksi. Saya bersedia memulakan latihan esok dan membuat persiapan menghadapi perlawanan,” katanya.

The post Grealish kembali sertai Everton appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved