EPL: Newcastle enggan terbuai rekod

Football
13 Sep 2026 • 11:02 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL:  Newcastle enggan terbuai rekod

LONDON – Rekod cemerlang tidak boleh dijadikan ukuran buat Newcastle United untuk menghadapi Leeds United di Elland Road, awal pagi Selasa ini.

Dalam enam pertemuan sebelum ini, Leeds United berdepan badi apabila tidak mampu menewaskan The Magpies apabila sekadar berpuas hati dengan empat keputusan seri.

Bagaimanapun, Pengurus Newcastle, Matthias Jaissle enggan para pemainnya dibuai rekod kebal berkenaan kerana menganggap apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak.

“Aksi menentang Leeds United sentiasa menjanjikan tugas sukar mereka adalah skuad yang bagus dan pengurus mereka juga melakukan tugas dengan baik. Persekitaran juga akan jadi istimewa dan kami juga sedar perkara ini.

“Jika kami mampu melakukannya dengan baik dan mendapat sokongan daripada para peminat, pastinya kami akan mendapat keputusan yang bagus,” katanya.

Ketika ini, Jaissle boleh dianggap lulus ujian awal apabila berjaya mengemudi The Magpies dengan baik setelah mengekalkan dengan rekod tanpa kalah dalam tiga perlawanan awal yang dilalui.

Jaissle menjelaskan beliau cukup gembira untuk melihat komitmen pemain yang sentiasa bersedia untuk menyerap segala perancangan pasukan.

“Kami tidak memiliki banyak masa untuk berlatih namun saya kagum betapa pantasnya mereka menyesuaikan diri. Itu menunjukkan mereka begitu komited terhadap pasukan,” katanya. – AGENSI

The post EPL: Newcastle enggan terbuai rekod appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved