EPL: Rashford mampu kembali bangkit

FootballSports
2 Sep 2026 • 10:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Rashford mampu kembali bangkit

MANCHESTER – Pemain pertahanan Manchester United, Harry Maguire percaya rakan sepasukannya, Marcus Rashford semakin gembira, bersemangat dan dahagakan kejayaan sekali gus mampu menjadi aset yang besar buat pasukan itu musim ini.

Ketika menentang Ipswich Town, Rashford diturunkan dalam kesebelasan utama buat kali pertama selepas 626 hari sejak 2024.

Maguire yakin bahawa jika Rashford bersedia untuk bekerja keras dan sentiasa mahu memperbaiki diri, tiada had terhadap apa yang mampu dicapainya sekali lagi dalam jersi United.

“Segalanya berjalan dengan sangat baik sejak dia (Rashford) kembali. Dia berlatih dengan sangat baik dan kami sebagai pemain bersedia menerimanya dalam skuad.

“Dia seorang pemain yang sangat berbakat. Saya rasa pada aksi itu dia sentiasa memberikan ancaman dan saya fikir dia masih boleh melakukan lebih banyak lagi. Saya yakin dia sendiri akan mengatakan bahawa dia boleh memberikan lebih banyak lagi.

“Saya fikir jika kami dapat memastikan dia kekal cergas, gembira, terus bersemangat dan dahagakan kejayaan, saya rasa dia adalah aset yang sangat hebat untuk dimiliki oleh United,” katanya.

Pada usia 28 tahun, Rashford telah melalui banyak cabaran dan Maguire percaya pengalaman menghadapi kesukaran itu boleh menjadi kekuatan buat pemain itu pada masa hadapan. – AGENSI

The post EPL: Rashford mampu kembali bangkit appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved