EPL: Rogers gesa Alonso lonjak intensiti

Football
9 Oct 2026 • 9:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Rogers gesa Alonso lonjak intensiti

LONDON – Pemain sayap Chelsea, Morgan Rogers seolah-olah menyampaikan mesej kepada pengurus, Xabi Alonso supaya meningkatkan intensiti permainan sebaik sahaja saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) kembali bersambung.

Pemain berusia 24 tahun itu menganggap The Blues perlu mengubah corak permainan mereka selepas dia menampilkan aksi cukup baik bersama England yang berada di bawah bimbingan Thomas Tuchel.

Ia dapat dibuktikan apabila Rogers memainkan peranan cukup penting dengan menghasilkan satu umpanan gol ketika membantu England mencatat kemenangan 3-0 ke atas Republik Czech kelmarin.

Rogers berkata, dia menikmati setiap aksi di bawah kendalian Tuchel yang mementingkan intensiti tinggi, fizikal selain memerlukan semua pemain memberi tekanan kepada setiap pergerakan lawan.

“Bersama England, kami bermain dengan intensiti cukup tinggi, menekan pasukan lawan selain menggunakan fizikal. Bagi saya, corak permainan seperti itu sangat sesuai dengan kemampuan yang dimiliki.

“Saya sangat gembira dan selesa kerana ia dapat mengeluarkan segala potensi yang ada dalam diri. Saya juga dapat melihat corak permainan seperti itu turut memberi manfaat kepada pemain-pemain lain,” katanya.

Sebaik sahaja aksi antarabangsa berakhir, Rogers akan kembali bersama Chelsea di mana mereka bakal melayan kunjungan Bournemouth di Stamford bagi saingan Liga Perdana yang berlangsung esok. – AGENSI

The post EPL: Rogers gesa Alonso lonjak intensiti appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved