EPL: Sukar harapkan Haaland sendirian

Football
7 Nov 2026 • 9:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Sukar harapkan Haaland sendirian

LONDON – Pengurus Manchester City, Enzo Maresca tidak mahu terlalu meletakkan harapan kepada ketajaman Erling Haaland untuk menghadapi cabaran dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Maresca tampil dengan amaran tegas buat pemainnya menjelang kunjungan The Citizens ke gelanggang lawan pada pertemuan menentang Nottingham Forest, awal pagi esok.

Sambil mengakui kualiti yang ada pada Haaland, pengendali berusia 46 tahun itu menjelaskan kejayaan dalam bola sepak hanya boleh dicapai secara berpasukan, bukannya terlalu berpaksikan kepada pemain tertentu.

“Adalah penting untuk dia (Haaland) dapat menyertai pasukan dalam setiap perlawanan melibatkan pasukan ini. Kami tahu dalam apa juga situasi, dia boleh membantu pasukan dengan menyumbangkan jaringan.

“Kami juga menjaringkan banyak gol menerusi pemain lain, tetapi ada juga peluang dicipta gagal disudahkan dengan baik,” katanya.

Bintang Norway kini sudah pun menghasilkan 176 gol, hanya kurang satu jaringan berbanding Eric Brook yang kini berada di tangga kedua penjaring terbanyak sepanjang zaman Manchester City.

“Adakah kami boleh tampil lebih baik? Sudah tentu, kerana saya dapat lihat ada peningkatan di semua aspek,” katanya mengulas tentang keperluan pasukan untuk mengelak daripada melakukan kesilapan mudah. – AGENSI

The post EPL: Sukar harapkan Haaland sendirian appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved