Maresca kecewa City lepas gol mudah

Football
2 Nov 2026 • 8:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Maresca kecewa City lepas gol mudah

MANCHESTER: Pengendali Manchester City, Enzo Maresca tidak dapat menyembunyikan kekecewaan apabila skuad kendaliannya terus dihukum akibat kesilapan mudah selepas tewas 0-1 kepada Brighton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam.

Kekalahan di laman sendiri itu menyaksikan City menelan kekalahan kedua berturut-turut selepas memulakan kempen dengan tujuh kemenangan liga, sekali gus meletakkan kedudukan mereka di puncak carta dalam keadaan tidak menentu.

Lebih mengecewakan, gol tunggal Yasin Ayari seawal minit ke-11 sudah cukup untuk meranapkan harapan tuan rumah, meskipun City menguasai permainan dan melancarkan asakan bertali arus terutama pada separuh masa kedua.

Penjaga gol Brighton, Bart Verbruggen muncul antara watak utama kemenangan pelawat apabila beberapa kali menggagalkan percubaan berbahaya City untuk memastikan kelebihan tipis itu kekal sehingga wisel penamat.

Maresca mengakui anak buahnya perlu segera memperbaiki kelemahan pertahanan, terutama kecenderungan melepaskan gol yang sepatutnya mampu dielakkan.

“Ketika ini kami melepaskan gol mudah yang sebenarnya boleh dielakkan. Saya fikir kami melakukan cukup banyak perkara untuk memperoleh sesuatu daripada perlawanan ini.

“Tetapi kami perlu segera melupakan kekalahan dan cuba memenangi perlawanan seterusnya,” katanya.

Kemenangan itu cukup bermakna buat Brighton apabila berjaya menewaskan City di gelanggang lawan buat kali pertama selepas 18 percubaan, selain merapatkan jurang kepada dua mata dengan pendahulu liga. 

Dalam pada itu, kemenangan tipis itu sekaligus menjadi motivasi buat skuad kendalian Fabian Hurzeler apabila sebelum ini menewaskan juara bertahan, Arsenal.-AGENSI

The post Maresca kecewa City lepas gol mudah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved