EPL: United anggap tidak mustahil

Football
22 Aug 2026 • 8:10 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: United anggap tidak mustahil

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Michael Carrick percaya peluang untuk pasukannya merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) sentiasa terbuka dan memiliki kemampuan untuk melakukannya.

Bagaimanapun, beliau mengakui The Red Devils memerlukan lonjakan prestasi luar biasa dan komitmen penuh para pemain untuk mengekalkan prestasi terbaik sepanjang musim sekiranya mahu memenangi gelaran itu.

“Saya tidak akan pernah mengatakan kami tidak mampu kerana saya tidak percaya begitu, tetapi semuanya bergantung kepada apa yang kami mampu lakukan sebagai satu pasukan.

“Rentetan prestasi yang kami tunjukkan musim lalu memberi kami keyakinan tinggi, tetapi saya sedar ada satu lagi tahap yang perlu dicapai (untuk bergelar juara) dan kami berusaha ke arah itu,” katanya.

United gagal memenangi gelaran EPL selepas kali terakhir melakukannya pada 2013 ketika musim terakhir Sir Alex Ferguson sebagai pengurus.

Bagaimanapun, harapan itu kembali menyinar selepas Carrick tiba dil Old Trafford pada Januari lalu apabila berjaya mengumpul 39 mata dalam 17 perlawanan sekali gus menamatkan musim di kedudukan ketiga.

Dalam pada itu, Carrick menolak tanggapan bahawa pasukannya diberi laluan mudah selepas dijadual menentang Hull City hari ini dan Ipswich Town pada dua saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal musim ini.

Meskipun kedua-dua pasukan itu baru dinaikkan pangkat dari Liga Kejuaraan EFL, Carrick enggan mengambil mudah cabaran yang bakal dihadapi oleh pasukannya dalam misi memburu permulaan sempurna.

“Bagi kita yang tahu liga ini, tiada istilah permulaan yang mudah. Malah, saya fikir sebaliknya dengan menganggap ia permulaan sukar buat kami terutama terpaksa beraksi di tempat lawan.

“Jadi, ia bukanlah permulaan yang mudah. Senang untuk orang luar mengatakan begitu, tetapi bagi kami, itu adalah tanggapan yang agak tidak masuk akal dan kami langsung tidak melihatnya begitu.

“Saya pernah melalui situasi seperti ini sebelum ini (ketika bergelar pemain), jadi saya tahu apa yang bakal kami hadapi dan semua perlu bersedia,” katanya. – AGENSI

The post EPL: United anggap tidak mustahil appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved