Eratkan persaudaraan, utamakan keselamatan jalan raya

8 Nov 2026 • 10:50 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Eratkan persaudaraan, utamakan keselamatan jalan raya

KUALA LUMPUR – Menteri dan timbalan menteri Kabinet merakamkan ucapan Selamat Hari Deepavali dengan menyeru masyarakat memanfaatkan sambutan Pesta Cahaya untuk mempererat ikatan persaudaraan dan keharmonian, selain mengutamakan keselamatan.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berharap agar perayaan kali ini dilimpahi kebaikan dan kebahagiaan di samping mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dalam perjalanan.

“Selamat Hari Deepavali kepada semua yang meraikannya. Semoga cahaya perayaan ini membawa harapan, kebaikan dan kebahagiaan kepada setiap keluarga. Berhati-hati di jalan raya. Deepavali Nal Valthukkal,” katanya menerusi hantaran di Faceebook.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pula mengajak masyarakat yang meraikan Deepavali mengeratkan kasih sayang sesama keluarga, kemesraan antara jiran tetangga serta semangat persaudaraan.

Beliau turut mengingatkan agar golongan yang memerlukan tidak dilupakan supaya kegembiraan perayaan dapat dikongsi bersama, selain menyampaikan ucapan khas kepada warga Kementerian Pendidikan Tinggi yang meraikannya di seluruh negara.

Sementara itu, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berharap sambutan berkenaan terus menyuburkan semangat perpaduan dalam kepelbagaian yang menjadi tonggak kekuatan rakyat Malaysia.

Beliau turut menasihati mereka yang pulang ke kampung supaya memandu dengan cermat dan selamat tiba ke destinasi. – BERNAMA

The post Eratkan persaudaraan, utamakan keselamatan jalan raya appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved