Malaysia kecam keganasan, solidariti bersama Poland – Anwar

8 Nov 2026 • 2:38 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Malaysia kecam keganasan, solidariti bersama Poland – Anwar

PETALING JAYA – Malaysia menyatakan solidariti bersama rakyat Poland susulan insiden tembakan mengerikan di Kraków yang mengorbankan enam nyawa dan mencederakan beberapa individu lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban serta mendoakan agar mereka yang cedera segera pulih.

Beliau berkata, laporan mengenai pengaruh ekstremisme sayap kanan terhadap suspek serangan itu amat membimbangkan.

Menurutnya, tragedi berkenaan membuktikan keperluan untuk menangani segala bentuk keganasan, termasuk ancaman ekstremisme ganas berhaluan kanan yang semakin meningkat.

“Tiada ideologi yang boleh dijadikan alasan untuk membunuh orang awam tidak berdosa,” katanya menerusi kenyataan di media sosial.

Anwar berkata, Malaysia komited untuk bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa bagi membanteras ekstremisme serta mempertahankan keamanan dan maruah kemanusiaan. – KOSMO! ONLINE

The post Malaysia kecam keganasan, solidariti bersama Poland – Anwar appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved