Eric Schmidt Mengatakan Matlamat Iklim Sedia Ada Mengekang Perkembangan Teknologi AI

TechnologyDigital
8 Oct 2024 • 12:44 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sebelum teknologi kecerdasan buatan (AI) mula dipesatkan, kebanyakan syarikat-syarikat konglomerat teknologi global seperti Microsoft, Apple, Google, Amazon, Meta dan sebagainya dilihat mempunyai matlamat iklim mereka sendiri, dimana mereka mahukhu mengurangkan kadar pengeluaran gas karbon dioksida, dan mengurangkan jejak karbon menjelang tahun seperti 2030.

Akan tetapi, dengan hadirnya teknologi kecerdasan buatan yang semakin pesat pembangunannya, ia dilihat bahawa banyak daripada syarikat ini telah memperlihatkan penggunaan tenaga elektrik yang juga semakin meningkat.

Google khususnya telah memperlihatkan peningkatan gas karbon dioksida sebanyak 48 peratus sejak 2019 khususnya kerana pembangunan teknologi AI mereka. Sam Altman, CEO dan pengasas syarikat OpenAI yang membangunkan teknologi AI ChatGPT menyatakan hasrat untuk membangunkan beberapa pusat data yang akan memakan sebanyak 5 GigaWatt kuasa elektrik.

Eric Schmidt, salah seorang pengasas Google mengatakan perbualan tentang matlamat iklim syarikat-syarikat ini menjadi beban kepada perkembangan teknologi AI, kerana buat masa ini, satu-satunya cara untuk teknologi tersebut berkembang ialah melalui akses kepada teknologi inferens dan pembelajaran mesin yang akan memakan kuasa yang lebih banyak.

Malah, beliau mengatakan bahawa perbualan mengenai perkembangan teknologi ini tidak akan menyenangkan hati mana-mana pihak, dan buat masa ini, untuk membiarkan syarikat-syarikat yang membangunkan teknologi ini, supaya ia boleh dimanfaatkan untuk tujuan penstabilan iklim bumi di masa akan datang.

Perkara ini dilihat sukar utuk dihadam, kerana seperti yang dikatakan Eric Schmidt, keperluan tenaga elektrik dan penyejukan untuk membangunkan teknologi AI tidak mengenal had buat masa ini, dan samada ia berbaloi untuk membiarkan syarikat-syarikat ini menggunakan sebanyak mana tenaga elektrik yang diperlukan. Jika dilihat sekali pandang, ia bagaikan mencipta satu masalah baru untuk menyelesaikan masalah yang lama.