Tak Terdesak, Hasif Upin Tak Pilih Watak - "Bagilah Saya Watak Melintas Jalan Pun Saya Terima"

15 Oct 2024 • 4:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi dan pelakon Hasif Upin tidak berhasrat memegang watak besar sepertimana yang diidamkan kebanyakan pendatang baharu.

Sebaliknya dia juga langsung tidak kisah andai ditawarkan hanya watak tambahan dalam sesebuah drama.
 
Bukan 'terdesak' ataupun asal boleh, tetapi keinginan mendalam dunia lakonan menjadikan dia tidak mahu terlalu memilih dalam soal tawaran yang diberikan.

 
"Saya sekarang ini nak sangat kalau ada orang nak ambil saya jadi pelakon. Kalau saya dapat watak kecil sekalipun saya terima... watak melintas pun jadilah. Saya memang tak kisah.

 
"Janji saya ada dalam drama atau filem itu, saya tak kisah sebenarnya. Janji ada tawaran berlakon.
 

"Pasal bayaran saya tak kisah, tetapi janganlah sampai menggunakan seseorang," katanya kepada Gempak.

 
Sebelum ini Hasif disenarai dalam Artis Baharu Lelaki Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36
 
Pelakon filem Paku Jawa ini juga mengakui sehingga hari ini dia masih belum menerima mana-mana tawaran berlakon.
 
"Setakat ini memang belum ada lagi tawaran berlakon. Tetapi kalau ada memang saya tak memilih macam saya katakan," ringkas Hasif. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved